Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Korang pernah tak tengokburung sedang menangis? Errr, kalau tak pernah, kat bawah ni ada gambar seekor burung jantan sedang menangis kerana kematian kekasihnya. Huhu sedih pulak tengok gambar-gambar di bawah ni.
Seekor burung betina terkapar di atas tanah dengan keadaan badannya yang parah.
Pasangan jantannya membawakan makanan kepada burung betina tersebut dengan kasih sayang dan terharu.
Ketika si burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian si burung betina mati terkulai. Si burung jantan sangat terpukul dan berusaha mengangkatnya.
Si burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan kekasihnya yang telah terkapar mati kaku.
Sambil berdiri di samping tubuh si burung betina, sang jantan kemudian “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan.
Akhirnya si burung jantan menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan boleh hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuh si burung betina dengan sedih dan duka yang mendalam.
Gambar pasangan burung ini dikhabarkan dirakam di sebuah wilayah di Republik Ukraine semasa burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan