28 Ogos 2011

Siapa MUSUH sebenar Islam?

(Tazkirah untuk orang yang baru masuk islam)

Bulan Syahwal dah berlalu, tapi masih ada yang sambut hari raya dengan buat rumah terbuka di sini sana…

(Jemputlah makan-makan…)

Mintak maaf kat korang juga kerana aku tak jemput korang datang beraya enam kat rumah aku, jadi tak dapatlah korang nak merasa jus kurma istimewa syawal, iaitu kurma yang di blender bersama susu kambing dan air zam-zam.

Bagi korang yang suka minum minuman panas, telan air liur sahajalah kerana tak dapat minum air teh’ tarik special yang bini aku taruk sedikit garam dan halia..he he he..

Tentang pemakanan pulak, bini aku masak ‘nasi lemak cinta daun pisang’ yang pernah menawan hati mertuanya, dan nasi lemak itu pulak di ‘kahwin’kan dengan mee hoon Pnom Pheh yang di masak dengan kasih dan sayang…

Tak lupa juga kacang pistachio dan biji gajus bakar sebagai pencuci mulut…wah wah wah!!!

(kedengaran bunyi pinggang dan mangkuk berlaga)

Untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu, aku buat pembaharuan dalam hiburan,iaitu dengan melatkkan Radio dan TV secara bersebelahan di ruang tamu, yang mana aku bukak TV tapi tutup dia punya volume, manakala Radio di sebelahnya pulak, aku bukak radio dan kuatkan volumenya..he he he, jadilah keliru akan tetamu yang hadir kerana TV nyanyi lagu lain (seperti video klip ziana zain dan awie-halaman asmara) manakala suara yang keluar dari radio pulak adalah lagu lain,( seperti lagu raihan, iman adalah mutiara)…

Oleh kerana menonton TV sambil mendengar radio menimbulkan kekeliruan otak kanan dan otak kiri akan para tetamu, maka tiada sorangpun yang sudi tengok TV dan dengar radio tu, maka majilis itu dapat di fokuskan kepada isu –isu lain yang lebih berfaedah…, seperti tolong basuh pinggan dan tidak buat sepah!!!

He he he, betul apa yang aku buat tu, 'TENGOK TV' dan 'DENGAR Radio'…

Oh, ye! Aku baru baca komen korang tentang entry “cinta” yang dah cecah seratus tu, aku tengok setiap komen yang berbentuk soalan telah di jawab oleh pembaca setia, terima kasih kepada korang semua yang sudi meluangkan masa mengupdate blog ini selepas korang update Al-Quran dan Zikir…alhamdulillah..,sejuk rahim dan tali pusat ibu mengandung..

Untuk entry kali ni, sementara bini aku basuh pinggang, mangkuk, cawan gelas, periuk, kuali, belanga, piring, sudu, senduk, garfu, spatula, dan bla bla bla ..Aku nak jawab satu komen dari “akuokay”..

soalan yang aku ada janji nak tulis dulu…

komen yang bertarikh,10:34 PM, November 20, 2006
copy/paste
akuokay said..


.*besh komen2 cecah ratus nih.aku masih tertunggu-tunggu part yang nie:Nota: aku akan terangkan tentang ‘MUSUH’ ini dalam entry yang akan datang, -insyaAllah.…..
Hamka said

Sebelum ini aku pernah menulis tazkirah untuk ulamak dan orang kapir serta korang semua, tapi aku rasa aku tak pernah lagi (kot) bagi tazkirah untuk mua’alaf secara khusus,

So, entry ini di susun untuk new convert sambil menjawab soalan tentang “enemy in the gate..”

Mudah-mudahan mendapat sedikit manafaat sambil makan kacang pistachio…

….

TAZKIRAH UNTUK NEW MUA’ALAF


Assalamulaikum.wahai saudara baru…

Tahniah, kerana telah memilih islam sebagai ugama rasmi hidup korang. Aku tak tahu akan bagaimana dan kenapa korang boleh masuk islam, tentu ada banyak cerita tentang bagaimana korang boleh tertarik untuk memeluk ugama islam bukan?!, Yang pasti Allah telah pilih korang menjadi sebagai seorang islam, mudah-mudahan selepas jadi mayat kelak, Allah terima kita semua sebagai seorang islam yang di redhai..

Bila dah masuk islam, aku sebagai senior korang, tak salah rasanya jika nak bagi nasihat sikit tentang bagaimana menjadi seorang islam yang ..(korang taruklah apa-apa istilah yang best-best)

(macamlah aku ni best sangat..oh)

Perlu di ingatkan, penulis bukan seorang ustaz atau ulamak, hanya sedikit prihatin (saya perasan prihatin) kepada saudara baru dan tiada laranganpun dalam islam untuk sesiapa sahaja memberi nasihat, mua’laf yang rambut keras macam dawai, bertompok macam rumput, kulit hitam dan bibir terbalik pun boleh…, makcik yang jual goreng pisang depan opis aku pun boleh.., dan pendek kata..korang semualah, para mua’alaf sekalian! pun boleh, no problem punyer.. insyaAllah.

Pertama sekali,
Buatlah azam sekarang, bahawa saya nak jadi orang islam sampai bila-bila, sampai saya mati, sampai saya jadi mayat,!!!

Jika saya mua’laf ini lelaki, maka saya azam untuk solat 5 waktu kat masjid, sampai bila-bila, sampai saya mati, sampai saya jadi mayat,!!!

Jika saya mua’laf ini perempuan, maka saya azam untuk solat 5 waktu di awal-awal waktu, sampai bila-bila, sampai saya mati, sampai saya jadi mayat,!!! - InsyaAllah!!!!

(TAHLIL!!!)

Sebenarnya ada banyak makluk ciptaan Allah subhanahuwataala, Jin, Malaikat, Bidadari, Shaitan, Binatang, Dajjal, yakjuj dan makjuj, beruang panda, tapak sulaiman, biawak komodo dan lain-lain, akan tetapi dalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, hanya kita manusia yang di cipta dengan ‘tangan’ Allah sendiri, dan Allah mengaku bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, dan yang paling best, kekasih Allah adalah seorang manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Manusia macam kita!!!

Jadi, ini adalah satu jalan mudah untuk berjaya menjadi hamba Allah yang sejati, iaitu dengan meniru, mengikut, membenarkan akan Nabi Muhammad saw, maka berjayalah kita di dunia dan akhirat-insyAllah.

Dan sebagai panduan dan keselamatan ummat manusia, Nabi Muhammad SAW telah tinggalkan dua perkara yang mana jika korang dan aku berpegang dengan dua perkara ini, maka korang dan aku tidak akan tersesat buat selama-lamanya, iaitu:

1. Al-quran
2. Al-sunnah.


Apa itu Al Quran?
Al-Quran adalah KEHENDAK ALLAH yang di zahirkan dalam bentuk tulisan (kitab), yang mana ianya adalah panduan seumur hidup bagi manusia dan jin!!!

Apa itu Al Sunnah?
Al-Sunnah adalah KEHENDAK ALLAH yang di zahirkan dalam bentuk ‘manusia’ yang mana ianya adalah perjalanan mencari keredhaan Allah melalui jalan atau cara hidup Nabi Muhammad SAW sehingga baginda sendiri di kenali sebagai “Al-Quran yang bergerak”.
(sila focus dan beri perhatian kepada perkataan : “bergerak”..)

Oleh yang demikian, Allah sendiri telah mengambil tanggung jawab untuk menjaga Al-Quran sepanjang zaman yang mana kitab ini tidak akan hilang dari hati hati ummat islam sampai hari kiamat, walau apapun usaha musuh islam untuk menghapuskan/mengubah suai/menyalah-cetak dan apa-apapun caranya, mereka pasti tidak akan dapat menghapuskan Al-quran kerana ianya sudah di janjikan dalam peliharaan Allah!!

Namun, tiada janji dari Allah untuk menjaga Al- sunnah secara am, sebaliknya tanggungjawab dalam pemeliharaan Sunnah Nabi saw di letakkan di atas bahu seluruh Ummat Nabi Muhammad SAW, yang mana barang siapa dari ummat ini, yang menghidupkan sunnah nabi, bagi setiap sunnah yang di hidupkan akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid..(SubhanAllah)

Nikmat mana lagi yang aku dustakan????

Jadi, sudahkan korang bersedia menjadi “Al-Quran yang bergerak”.???

----------
Baiklah, sekarang kita pergi tentang bagaimana nak bergerak?

Sebelum bergerak, aku nak bagitahu tentang siapakah musuh islam yang sebenar, kerana dengan mengetahui siapakah musuh sebenar korang, maka akan mudahlah pergerakkan kita mengatur strategi menumpaskan musuh!!

Di sinilah perkara penting sekali dalam kehidupan orang islam kerana jika tersilap memilih musuh, maka musnahlah kehidupan dunia dan akhiratnya..

Macam dalam perang jugak, jika korang tak kenal musuh korang, apa yang terjadi? Tali barut jepun? Komunis? Bintang tiga? Darth Vader.? Sasuke? (im sorry …i felt really terrible just giving that stupid example..oh)

Dari pandangan aku yang jahil dan hina ini, bila lihat masjid di Malaysia ini banyak yang kosong, aku rasa ianya berpunca daripada orang islam sekarang yang sedang keliru dengan musuh sebenar..

Ada orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah kemiskinan…
Maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk menghapuskan kemiskinan, kerja siang malam, bangun pagi-pagi mengejar punch card, buat over time dan cari side income, sehingga tinggal solat jemaah…oh! mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh!!!

Ada pulak orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah ‘umur pendek’
Maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk hidup selama-lamanya, bersukan siang malam, bangun pagi-pagi untuk berjogging, petang jogging lagi dan malampun masih berjogging!!!!lepas tu layan rangcangan sukan dan up-date keputusan sukan, sehingga..tidak lupa doa mintak panjang umur,last… tinggal solat jemaah…oh! mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh!!!

Lepas tu ada pulak orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah Ketidak majuan (kemunduran)
Maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk menjadi maju dan berdaya saing, berkerja siang malam, bangun pagi-pagi dan terus maju, petang maju dan malampun maju!!!!selamat maju jaya,… sehingga.. tinggal solat jemaah…oh! mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh!!!

Dan..Ada juga orang islam yang menyangka musuh sebanar adalah kerajaan…
Maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk menghapuskan kerajaan, kempen siang malam, bla-bla bla… sehingga tinggal solat jemaah…oh! mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh!!!

Kerana itulah orang alim macam Tok Guru Nik Aziz pernah berkata kepada ahli Pas:
"Semasa selepas mesyuarat Perhubungan saya lihat ada yang tidak terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat, sebaliknya melakukan perkara lain. Ada juga yang masih berbual-bual dan ada yang terus balik."

"Inilah di antara faktur yang menyebabkan perjuangan Islam lambat mencapai kemenangan. Saya cukup tertarik membaca tulisan Haji Subky Abdul Latiff yang menyebut Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat,"
katanya pada program makan malam Majlis Tindakan Dun Tendong di Perdana Resort, baru-baru ini
.(aku petik dari harakah)

walaubagaimanapun, aku tak kata semua orang islam di atas teruk macam tu, tapi masjid banyak yang kosong menunjukkan banyak orang islam yang memang teruk macam tu!!!..oh!

(aku sendiripun teruk..isk!!!)

Ada jugak orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah Yahudi, Amerika, kristian, ahli kitab dan lain-lain-baikot siang malam-tapi masjid masih kosong..

itu belum masuk yang memusuhi : Mat remp-it/, parti UMNO/ Parti PAS/ Datok K/Siti nurhaliza/ Mawi Fan Club/ makcik yang jual goreng pisang mahal/ jerawat/filem tempatan/blab la bla!!!

Hmmm….
(termenung kejap)

Dalam Al-Quran, dah terang terang bagitahu akan musuh ummat islam, tapi sayang seribu kali sayang, aduh sayang….
Aku melihat kehancuran umat islam seluruh dunia adalah apabila silap memilih musuh, lalu menjadikan orang islam jugak sebagai musuh islam!!

Macam Taliban dengan Pakatan Utara!!!
Macam Hamas dengan peganti Yasssir Arafat!!!
Macam Dacing dengan Purnama!!!
Macam Itan dengan Iraq!!!
Macam Puak Sunni dengan Puak Syiah!!
Macam tentera Saidina Ali r.a dengan tentera Muawiyah r.a (rujuk sejarah )

Kerana itulah apabila saidina Umar r.a, khalifah islam yang ke dua, di tikam ketika bersolat, sebelum wafat, beliau bertanya akan siapakah yang menikamnya?, bila di beritakan yang menikamnya adalah orang kapir, beliau gembira, kerana ini bermakna islam tidak akan jatuh selagi orang islam tidak berperang dengan orang islam.

Namun, kita boleh rujuk sejarah akan siapakah yang membuhuh saidina Usman r.a? Pempimpin islam yang ke tiga,

dan Siapakah pula yang menikam saidina Ali r.a? Pempimpin islam yang ke empat

Dan Siapakah pula yang membunuh cucu rasulullah dengan meracunnya? Siapa?

Jawapanya adalah orang islam!
Dan lihat apa yang telah terjadi pada orang islam di zaman itu..isk..isk..ya! kejatuhan dan penindasan terhadap islam pun bermula...

Jadi nasihat aku kepada korang yang baru masuk islam, kena kenalpasti musuh sebenar korang, supaya senang korang buat tindakan, ingat!! Kesilapan mengenal pasti musuh korang akan membuatkan korang hidup dengan merana dan bertambah merana bila mati kelak!!! Naduzubillah…

Jadi, siapakah musuh sebenar korang yang kerananyalah korang akan di masukkan ke dalam Neraka.?
Dialah yang akan membuatkan korang menderita di dalam kubur, menangis di padang mahsyar, dan menyesal di dalam Neraka!! Dialah musuh Nombor satu ugama!!!!!

Siapa?
Baiklah, boleh rujuk surah yassin ayat 60..

Allah bagitahu musuh sebenar kita adalah Setan!!!!

dan Dalam diri setiap manusia ada lagi 3 musuh yang tak kurang hebatnya iaitu:

1. Nafsu yang tidak pernas puas.
(ada motor nak kereta, ada kereta nak helikopter, ada helikopter nak prking kat mana?)

2. Syahwat yang sentiasa membara
(nak bersetubuh sahaja, nak onani, nak oral seks, nak kahwin ramai!!!).

3. Keperluan dunia yang membebankan.(bil api, bil api, hutang kereta, rumah, tanah, kubur!!!)

Kemudian, Untuk Allah menguji siapakah di antara manusia itu yang paling bertaqwa, paling baik, paling beriman dan paling soleh, maka Allah benarkan Syaitan yang akan menggunakan ketiga tiga perkara di atas untuk menyesatkan manusia.

Maka berhati-hatilah dengan syahwat, Nafsu dan dunia kerana ini adalah senjata utama syaitan dalam menjahanamkan hari akhirat ummat manusia!!!

Namun, alasan di goda syaitan tidak akan di terima oleh Allah di akhirat kelak, kerana yang berbuat dosa dan maksiat adalah diri sendiri, yang tidak solat adalah diri sendiri, yang menikmati bestnya pancutan air mani ketika berzina, adalah diri sendiri, yang hilang haus ketika munum arak adalah diri sendiri,yang menikmati makanan haram adalah diri sendiri, yang menyakti jiran, menyusahkan tetamu, adalah diri sendiri, yang meninggalkan solat jemaah adalah diri sendiri!!!, semuanya adalah diri sendiri!!! (syaitan hanya bagi shor sahaja..)

Dan Allah akan azab KAMU!!!! KAMU!!!! KAMU!!!!!
(selamatkanlah kami dari AzabMu YA Allah!!!!)

Jadi, kesimpulanya, MUSUH SEBENAR adalah :

DIRI AKU SENDIRI!!!!!
(Diri engkao sendiri!!!!!!)

Jika sesiapa yang merasakan ada musuh yang lebih merbahaya selain dirinya sendiri, maka dia adalah orang yang belum kenal akan dirinya sendiri,
Dan sesiapa yang tidak kenal akan dirinya sendiri, sesungguhnya dia belum kenal Allah!!!
Dan sesiapa yang tak kenal Allah, maka dia akan berbuat sesuka hati yang mana kelak akan menghacurkan dirinya sendiri…..!!!!!

Kerana itulah ada hadith yang mengceritakan akan nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabat r.a ketika pulang dari medan perang menentang orang kapir (lebih kurang berbunyi)
“ada perang yang lebih besar lagi”
Sahabat terkejut kerana mereka baru pulang dari perang yang dahsyat..lalu Nabi SAW menjelaskan perang yang besar itu adalah perperangan menentang Nasfu!!!!(diri sendiri)

Sebenarnya,perperangan menentang nafsu kita sendiri adalah jauh lebih merbahaya dan dahsyat daripada perperangan menentang musuh islam yang lain. iaitu, jika korang berperang dengan orang kapir laknatullah, sekiranya korang kalah lalu di bunuh, dan anggota badan di kerat lapan serta mata di cungkil misalnya, korang beruntung sebab mati dalam keadaan syahid dan layak dapat masuk shurga Allah tanpa hisab.

Kemudian, jika dalam perperangan tersebut korang menang, maka dengan bergayanya korang akan dapat harta rampasan perang pihak musuh, jika pihak musuh ada PS2, automatik korang dapat PS2. jika pihak musuh ada kereta honda civic mayat, so kereta tu jadi milik koranglah..

Tetapi.. dalam perperangan menentang nafsu kita sendiri, jika kita menang lawan nafsu kita, belum tentu masuk shurga sebab masih hidup lagi hari ni, esok datang ujian lain takut tak dapat nak tahan lalu buat dosa, tinggal solat jemaah misalnya..oh..

Jadi perang menentang nafsu lebih bahaya kerana, Menang belum tentu, kalah masuk neraka!!!Sedangkan perperangan menentang orang kapir, Menang dapat harta ghanimah, kalah dapat masuk shurga!!!
Dan sekarang kita boleh tengok, kenapa banyak saf demi saf di masjid kosong?,
Kenapa Al-Quran berhabuk?,
Kenapa Tasbih di dinding tidak terusik?,
Kenapa majlis ilmu kurang pesertanya…?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Korang boleh bagi alasan, dengan menuduh setan yang pandai menghasut..ya! setan juga akan di azab, di azab bersama “diri sendiri” yang mengikut jejak langkah syaitan!!!!

Jadi apabila diri sendiri yang tak khuyuk dalam solat, yang tinggal solat jemaah, yang lengah-lengahkan solat, yang berzina dan yang murtad, mengapa nak salahkan:
Syaitan?
Kerajjan?
Yahudi?
Kapir?
Polis?
Datok K?
Mawi fun Club?

KENAPA? KENAPA? KENAPA?

KERANA KORANG BELUM KENAL DIRI SENDIRI!!!!!

(macamlah aku kenal…err, siapa aku ini, mungkin aku seorang munafik, doakan aku sahabat, doakan aku selamat dari Azab Allah..oh! isk..isk..)

Akhir sekali, tentang bagaimana nak kalahkan diri sendiri, aku ringkaskan jawapanya:, korang kena bergerak rujuk ustaz yang jauh lebih pakar dari aku (macamlah aku pakar)

Cuma aku nak nasihat, bila sebut diri sendiri korang kena nampak empat perkara:
-Shaitan yang tak pernah penat.
-Nafsu yang tidak pernas puas.
-Syahwat yang sentiasa membara
-Keperluan dunia yang membebankan.

Aku ulangi:-

-Shaitan
-Nafsu
-Syahwat
-Dunia

Bagaimana nak kalahkan syaitan? aku ringkaskan lagi jawapannya: bla bla bla, kalahkan syaitan adalah dengan melakukan amalam yang IKHLAS. dan Bagaimana pula nak kalahkan Nafsu dan syahwat?dah tentu Jawapannya adalah dengan selalu berlapar.., kurangkan tidur, manakala untuk kalahkan Dunia. jawapan yang mudah adalah mencintai akhirat..

Namun, dalam islam semua jawapan sudah ada, dalam kuburpun dah ada jawapan, dan jawapan ini tidak akan membawa, apa-apa makna jika “diri sendiri” tidak “bergerak”..

Nota: korang perasan tak? aku ni macam bagus sangat bila menulis sebegini rupa, macmlah aku kyukuk dalam solat dan tak penah tinggal solat jemaah, aku rasa aku jauh lebih teruk dari korang..isk..iskk, perlu diingat,: caramah, tazkirah, nasihat, pesanan, dan entry sebegini, tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan jika korang dan aku bergerak dan aku juga terutamanya bergerak mencari keredahan Allah, bergerak macam Nabi bergerak, bergerak mengikut perintah Allah sebagaimana dalam Al-quran dan gerakkan inilah yang di katakan : “Al-Quran yang bergerak”.!!! (senang cerita,maksud aku-jangan hanya rujuk blog-pergi rujuk ustaz dan kitab!!)

Jadi berhenti baca entry ini sekarang, pergi tutup aurat dan keluarlah dari rumah korang dan bergeraklah mencari keredhaan Allah dengan keupayaan 100 peratus!!!

Rujuklah ustaz dan ulamak yang berhampiran.

Sekian terima kasih wahai saudara baru...

Salam sayang-ada masa, jumpa lagi dengan izin-NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan